Pengumuman
Setelah sekian lama beroperasi, kini pihak kami telah mengambil keputusan untuk menukar sistem web kami kepada sistem yang baru. Terdapat banyak kerja-kerja penyesuaian yang akan kami buat. Harap dapat bersabar.

Portal Berinformasi

Portal Berinformasi

Halaman Utama Kesihatan Penyakit Kencing Manis
Penyakit Kencing Manis
Oleh Hidayah   

Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.


Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

  • Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.

  • Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan (suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan kepada pesakit).

 

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut.

 

Pengawalan Diabetes

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan :

  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.


Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

  • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil
  • Jenis rawatan yang diterima
  • Dimana hendak mendapat ubat

Bagi pesakit kencing manis yang mustahak adalah mengawal paras gula dalam darah mereka.