|
Temuramah bersama Corey Rudl : Cerita kejayaannya dalam perniagaan internet MartyFoley adalah orang yang menghasilkan ProfitInfo Email Newsletter.
[Marty]: Corey, sebagai salah seorang daripada orang yang berjaya dalam perniagaan internet, bagaimanakah anda mula menggunakan internet sebagai alat perniagaan anda.
[Corey]: Saya memulakan perniagaan di internet sekitar tahun 1994. Dalam kursus saya, saya ada menerangkan tentang buku saya “Car Secrets Reveal” yang mula dijual secara offline. Hasilnya amat mengecewakan. Pada masa itu saya membuat promosi secara offline dengan bermodalkan $20,000. Saya kemudiannya dinasihati oleh seorang kawan supaya membuat satu laman web automotif. Laman web itu mudah dan ringkas isinya . Bila ada orang yang mula membeli di web tersebut, saya mula sedikit demi sedikit mempromosinya secara online waktu lapang.
[Marty]: Apakah jenis-jenis perniagaan yang anda terlibat di internet?
[Corey]: Saya mempunyai 4 jenis perniagaan di internet, yang menghasilkan pendapatan $2,600,000 setiap tahun. Saya mempunyai minat dalam beberapa projek online. Saya membuat kerja-kerja untuk pelanggan, contohnya khidmat nasihat iaitu $320 bagi satu jam.
[Marty]: Buku anda iaitu “Car Secrets Revealed” telah berjaya dijual secara online. Boleh anda beri sedikit maklumat tentang buku tersebut.
[Corey]: “Car Secrets Revealed” adalah kejayaan pertama saya di internet. Setelah bekerja keras selama 9 bulan mempromosikannya, buku tersebut menjadi “best selling car book” menggunakan cara promosi yang saya ajar. Buku ini menghasilkan $140,000 keuntungan dalam bulan-bulan tersebut. Selepas 3 tahun ia masih menjadi “#1 best selling car book on the Internet”. Anda boleh lawati laman web http://www.igs.net/carsecrets/. Semuanya saya telah letakkan pada laman web tersebut. Kami telah mencuba pelbagai konsep dan rekabentuk laman web. Inilah yang terbaik. Saya ada menerangkannya dalam kursus pemasaran internet di http://www.marketingtips.com. Saya tidak boleh terangkan di sini kerana ia memerlukan lebih daripada 20 muka surat.
[Marty]: Anda baru-baru ini telah muncul dalam TV iaitu “Maury Povich Show” dan bercakap tentang bisnes anda. Boleh anda beritahu pada mereka yang tidak melihat siaran itu?.
[Corey]: Tidak banyak yang boleh saya katakan. Pada asasnya mereka mengenali saya kerana pendedahan saya di internet dan mempunyai buku “#1 best selling car book online”. Mereka menjemput saya untuk menunjukkan beberapa tips dan rahsia membeli dan membaikpulih kereta. Itu adalah temu ramah yang baik.
[Marty]: Berapa lama agaknya bisnes online anda mula mendatangkan hasil?.
[Corey]: Saya mula membuat keuntungan dalam masa sebulan. Saya terpaksa berhempas pulas kerana saya merupakan di antara kumpulan pertama memasarkan buku tersebut secara online. Banyak yang perlu diterokai. Saya cuma dapat melihat pendapatan sebenarnya selepas 18 bulan.
Saya menghabiskan 12-14 jam sehari, 7 hari seminggu mencuba pelbagai teknik dan idea secara online. Sekarang saya telah mengetahui tips dan trick menjadikan apa saja bisnes menguntungkan di internet dalam masa beberapa bulan saja. Semakin hari semakin ramai orang berniaga secara online, cara biasa mungkin tidak akan berkesan lagi. Jadi saya membuat perubahan supaya tiap orang masih memperolehi keuntungan melalui perniagaan internet. Teknik yang saya gunakan sangat unik.
[Marty]: Apakah tips jika ingin berjaya?
[Corey]: Pada mulanya banyakkan kaedah cuba jaya. Saya menghadiri seminar yang mahal dan membawa balik bahan. Ada seminar yang mencecah $7000 dan lebih. Saya mengambil idea mereka dan cuba mengaplikasikan pada web saya cara yang lebih kreatif. Dalam proses ini saya akan mendapat tips dan formula untuk berjaya.
[Marty]: Saya mengenali nama-nama yang popular dalam pemasaran internet yang anda menjadi muridnya. Apa yang jelasnya formula anda lebih berjaya. Apakah keistimewaannya pada anda?
[Corey]: Saya tidak mempunyai bisnes online yang tidak membuat keuntungan, seperti yang saya beritahu 4 bisnes online saya menghasilkan pendapatan lebih daripada $260,000 setahun. Apa yang istimewaya saya mulakan bisnes seorang diri. Sekarang saya mempunyai 5 pekerja bagi tujuan menyediakan kertas kerja dan khidmat pelanggan. Adakah anda pernah dengar bisnes yang memperolehi keuntungan 2.6 juta dollar dengan hanya beberapa orang pekerja sahaja. Jawapannya tentu tidak,sekurang-kurangnya bisnes itu mesti mempunyai 15-20 orang pekerja. Inilah keistimewaan perniagaan internet.
[Marty]: Apakah alatan khas yang anda gunakan untuk berjaya?
[Corey]: Itu adalah soalan yang sukar untuk dijawab sebab tiada satu alat khusus yang bertanggungjawab menghasilkan keuntungan di internet. Teknik saya menunjukkan bagaimana menghasilkan aliran pendapatan yang kecil,kemudian “automate” aliran pendapatan tersebut supaya anda boleh beralih kepada yang lain. Biar saya terangkan...
Saya akan ajar teknik pemasaran yang akan menghasilkan pendapatan $1000 sebulan. Anda akan “automate” nya supaya anda boleh mendapat $1000 sama ada anda berada di situ ataupun tidak. Anda akan beralih kepada teknik pemasaran yang boleh mencipta $1500 sebulan. Ini mungkin mengambil masa 2-3minggu,anda akan “automate” dan beralih pula minggu seterusnya. Anda sebenarnya menggunakan aliran sumber pendapatan yang kecil daripada pelbagai sumber secara automatik. Jika anda terus menambah aliran-aliran tersebut, pendapatan anda akan bertambah $10,000 ke $15,000 sebulan. Ini akan menjadi jumlah pendapatan anda setahun lebih daripada $100,000. Apa yang menariknya jika satu teknik gagal disebabkan perubahan pada internet, anda tidak perlu bimbang kerana anda masih ada aliran masuk sumber pendapatan yang lain.
[Marty]: Adakah anda membuat semua bisnes secara online, atau dibantu oleh pemasaran secara off-line?
[Corey]: 100% secara online. Saya adalah pakar dalam penjualan dan pemasaran melalui internet. Saya telah menjadi salah seorang usahawan internet yang dihormati. Saya boleh buktikan kejayaan saya. Jika ada orang bertanya bagi membantu mereka dalam pengiklanan majalah, saya kata, ada orang lain diluar sana yang lebih baik daripada saya dalam pemasaran secara off-line. Saya buat apa yang terbaik boleh saya lakukan. Jadi saya tumpukan kekuatan saya pemasaran secara online.
[Marty]: Apakah kesalahan atau kesilapan yang telah anda buat?
[Corey]: Ada banyak kesilapan saya. Saya akan masukkan sepenuhnya dalam newsletter. Saya telah membazirkan ratusan ribu dollar dalam mencuba pelbagai teknik yang tidak menjadi. Namun saya belajar sesuatu yang penting daripada setiap orang. Itulah harga ilmu yang saya terima.
[Marty]: Apakah kesilapan utama yang dilakukan oleh usahawan internet?.
[Corey]: Ada banyak sebenarnya. Saya akan bincangkannya dalam kursus saya,tetapi saya akan menyenaraikan beberapa kesilapan usahawan internet di sini.
1. Mempunyai web yang tidak berkesan dan tidak menjemput pelawat untuk membeli produk.Saya menghabiskan banyak masa dalam kursus saya,bagaimana menjadikan laman web menguntungkan.
2. Kumpulkan semua teknik yang anda ada. Cuba satu teknik dan fikirkan bagaimana ia akan membawa keuntungan kepada anda. Anda perlu “diversify” kekuatan pemasaran anda kepada beberapa bentuk promosi untuk melihat cara yang mana lebih menguntungkan dan fokus pada cara tersebut.
3. Proses penjualan yang harus diberi perhatian. Inilah cara bagaimana pelanggan menterjemahkan perniagaan anda. Jika proses penjualannya lancar dan menarik barulah pelanggan akan membuat tempahan. Kebanyakan usahawan tidak memberikan perhatian kepada perkara tersebut. Itulah sebabnya kenapa ada produk hanya terjual kepada 200-400 orang sahaja atau kurang daripada itu.
[Marty]:Adakah tips-tips lain yang anda ingin berikan kepada usahawan internet yang mahu mendapat keuntungan daripada internet?
[Corey]: Kajian…kajian..kajian…. Baca dan belajar apa sahaja yang anda mampu tentang pemasaran di internet.Contohnya, saya dengar cerita-cerita tiap hari tentang emel yang boleh membawa keuntungan. Mereka mungkin membelanjakan $1000 untuk pelbagai perisian hanya untuk mengatasi masalah spam.
Ada pula cerita tentang kejayaan MLM di internet.kebanyakannya menghabiskan berbulan-bulan menggunakan teknik yang tidak betul.Pastikan anda memahami apa yang anda mahu dalam bisnes internet supaya cubaan pertama anda berjaya.
[Marty]: Saya setuju,Corey.Terlalu ramai usahawan yang cuba “”reinvent the wheel” daripada belajar bagaimana orang yang sebelum mereka berjaya di internet. Cubalah kata-kata Benjamin Franklin “An investment in knowledge always pays the best interest.” Terimakasih kerana membenarkan saya menemu ramah anda, Corey. |