Sila daftar untuk menjadi ahli.
Dengan menjadi ahli, anda boleh menghantar berita atau artikel yang boleh dikongsikan dengan pengunjung laman web ini. Anda juga boleh menghantar web link laman anda untuk disenaraikan di web ini. Jika anda mempunyai akaun gmail, anda boleh log masuk mengunakan akaun tersebut.

Portal Berinformasi

Portal Berinformasi

Halaman Utama Petua-Petua Untuk Mencerahkan Kulit Wajah Kusam
Untuk Mencerahkan Kulit Wajah Kusam
Oleh Dila   
Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.

Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).

Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.

Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.

Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah seperti biasa. Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan.