Sila daftar untuk menjadi ahli.
Dengan menjadi ahli, anda boleh menghantar berita atau artikel yang boleh dikongsikan dengan pengunjung laman web ini. Anda juga boleh menghantar web link laman anda untuk disenaraikan di web ini. Jika anda mempunyai akaun gmail, anda boleh log masuk mengunakan akaun tersebut.

Portal Berinformasi

Portal Berinformasi

Artikel Berkaitan

Undian Teknologi

Kursus komputer apakah yang akan anda ikuti
 
Halaman Utama Teknologi Vostro dilengkapi memori 4 GB
Vostro dilengkapi memori 4 GB
Oleh Mohammad Yasir Jaafar   

TIDAK dapat disangkal lagi ciri rekaan kecil, kompak dan ringan menjadi elemen utama dalam penghasilan komputer riba hari ini. Justeru itu, Dell Inc. telah mengambil inisiatif bagi melancarkan model komputer rekaan kompaknya model Vostro 1200. Vostro 1200 yang hanya mempunyai ukuran sebesar 12 inci itu menjanjikan prestasi tinggi, tahan lasak, tahap mobiliti yang tinggi selain dilengkapi ciri keselamatan terkini.

Dipacu melalui sistem pemprosesan Intel dual-core, ia akan mempercepatkan proses penggunaan aplikasi dan perisian.

Walaupun mempunyai rekaan yang kompak, model tersebut masih memaparkan skrin paparan yang luas sekali gus mengekalkan keselesaan dari segi penglihatan kepada pengguna.

Menerusi rekaan kompak dan kecil Vostro 1200 itu secara tidak langsung ia mampu memenuhi kriteria pengguna yang sentiasa sibuk dan bergerak kerana ia mudah di bawa ke mana-mana.

Dalam pada itu, model tersebut yang dilengkapi dengan kemudahan sambungan Wi-Fi 802.11n pasti menjanjikan sambungan Internet yang pantas kepada pengguna.

Selain itu, model tersebut juga hadir dengan kemudahan memori sebesar 4GB khusus untuk menyokong aplikasi-aplikasi bersaiz besar.

Namun, dalam memastikan ia dilengkapi pelbagai ciri tambahan, komputer ini dilengkapi juga dengan kamera web bersaiz 2 megapiksel dan kemudahan sambungan Bluetooth 2.0.

Dari segi keselamatan pula, pengguna juga boleh mendapatkan alat keselamatan biometrik yang menampilkan alat pengesan cap jari sebagai aksesori tambahan.

Alat pengesan cap jari ini dikatakan melindungi komputer daripada diakses oleh pihak lain sekali gus melindungi data sulit. Kini, model tersebut boleh didapati di pasaran dengan harga runcit RM1,999.

Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh didapati dengan melayari laman web www.dell.com.

Petikan dari Utusan OnlineĀ