|
Menggunakan Teknologi VPN (Virtual Private Network) |
|
Oleh amirais
|
|
Penggunaan teknologi ini semakin popular. VPN membolehkan anda beroperasi seolah-olah anda berada dalam LAN(Local Area Network) di pejabat walaupun anda berada di rumah, hotel dan sebagainya. Ianya lebih selamat berbanding teknologi yang lain. Ia kini boleh digunakan dengan menggunakan talian internet awam. Kalau dahulu ianya dibuat menggunakan talian yang mahal seperti ISDN dan sebagainya. Kini anda boleh mengendalikan fail-fail komputer yang terdapat di pejabat melalui komputer dirumah atau sebagainya. Dengan perisian-perisian tertentu anda boleh mengawal keseluruhan perjalanan perniagaan anda secara kawalan jauh. Berita baik bagi sesiapa yang ingin mencuba, teknologi ini menggunakan perisian dan peralatan yang mudah dan murah.
|