Pengumuman
Setelah sekian lama beroperasi, kini pihak kami telah mengambil keputusan untuk menukar sistem web kami kepada sistem yang baru. Terdapat banyak kerja-kerja penyesuaian yang akan kami buat. Harap dapat bersabar.

Portal Berinformasi

Portal Berinformasi

Undian Teknologi

Kursus komputer apakah yang akan anda ikuti
 
Halaman Utama Teknologi X300 Kecil Tapi Tahan Lasak
X300 Kecil Tapi Tahan Lasak
Oleh amirais   

BAGI menyaingi serta memenuhi permintaan komputer riba kompak yang ringan, kecil dan nipis di pasaran masa kini, pengeluar komputer riba terkemuka, Lenovo, mengambil inisiatif mengumumkan komputer riba kompak terbarunya X300 sekali gus memperhebatkan rangkaian komputer ThinkPad keluarannya.

Model X300 hanya seberat 1.33 kilogram (kg) diserlahkan lagi dengan ciri rekaan ternipis 19 milimeter (mm).

Model ThinkPad X300 menampilkan penggabungan beberapa teknologi terkini yang diselaraskan khusus untuk pengendalian optimum.

Menurut Pengurus Lenovo Malaysia (M), Eric Zhao, penghasilan model X300 dipercayai mampu memenuhi permintaan komputer inovatif yang berkualiti dari segi ciri dan fungsi masa kini.

‘‘Cabaran menghasilkan X300 adalah menjadikan saiznya kecil tanpa menggugatkan prestasi dari segi kuasa serta janaan bateri,’’ katanya.

Dari sudut prestasi, X300 diselaraskan dengan perkakas pemproses Intel Core 2 Duo L7100 yang mampu mengendalikan aplikasi dan tugasan secara pantas dan lancar.

Dalam pada itu, X300 dilengkapkan dengan kehadiran memori bina dalam 4GB dan memori cakera keras SSD 64GB.

Walaupun kecil dan nipis, janaan bateri model tersebut mampu bertahan sehingga 10 jam.

Biasanya, penggunaan bateri 3-sel jenis litium-polimer hanya mampu bertahan selama empat jam namun dengan penggunaan 6-sel, X300 mampu bertahan selama 10 jam.

Rekaan kompak X300 diserlahkan dengan binaan badan berteraskan karbon dan kaca fiber menjadikan ia tahan lasak.

Melalui kerangka fiber itu, perkakas binaan dalam X300 dijamin selamat dan lasak kerana pembikinan kereta F-1 serta beberapa komponen kapal terbang turut mengunakan bahan yang sama.

Dalam usaha mengecilkan saiz komputer riba, X300 tidak menyisihkan paparan papan kekunci bersaiz penuh dan pad sesentuh yang luas bagi keselesaan pengguna ketika mengendalikannya.

Menyentuh mengenai aspek multimedia, X300 hadir dengan pemain cakera DVD burner yang nipis serta dilengkapkan dengan pembesar suara stereo, mikrofon digital bina dalam dan kemudahan kamera integrasi.

Dalam pada itu, skrin selebar 13.3 inci pada X300 turut diterangi dengan lampu LED.

Tahap keselamatan model X300 diperketatkan lagi dengan kehadiran teknologi biometrik yang memperlihatkan adanya alat pengimbas cap jari pada sebelah kanan butang tetikus.

Ciri ini dikatakan ternyata efektif dalam melindungi data sulit pengguna serta mampu mencegah X300 daripada diakses sesuka hati.

Seperti komputer riba lain, pengguna berupaya melayari rangkaian Internet secara pantas melalui sambungan tanpa wayar jaringan 802.11 a/b/g/n, wi-fi, Ethernet dan WLAN6.

Kehadiran X300 di pasaran tempatan dijangka mampu menyaingi rangkaian komputer riba keluaran

jenama terkemuka seperti Apple, Dell dan Asus.

Sementara itu, harga runcit yang ditawarkan bagi ThinkPad X300 adalah RM9,588.

Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh didapati dengan melayari laman web www.lenovo.com.

SPESIFIKASI

Pemproses: 1.20GHz Intel Core 2 Duo L7100 (800Mhz FSB, 4MB Cache)

Grafik: Intel X3100

Skrin: 13.3-inch WXGA+ (1440 x 900, 300 nit) paparan LED

Memori: 4GB

Cakera Keras: 64GB SSD

Akses tanpa wayar dan jaringan: Intel 4965AGN (802.11 a/b/g/n wi-fi), Bluetooth 2.0 EDR, Intel UWB, GPS, Verizon WWAN (EV-DO)

Bateri: 6-sel Li-Ion

Slot: 3 USB 2.0 ports, Monitor out port, AC adapter, Gigabit Ethernet

Dimensi: 12.4" x 9.1" x 0.73" - 0.92"

Berat: 1.33 kg (bateri 3-sel)

Ciri tambahan: kamera integrasi

Rujukan : Megabait Utusan Malaysia