Pengumuman
Setelah sekian lama beroperasi, kini pihak kami telah mengambil keputusan untuk menukar sistem web kami kepada sistem yang baru. Terdapat banyak kerja-kerja penyesuaian yang akan kami buat. Harap dapat bersabar.

Portal Berinformasi

Portal Berinformasi

Undian Teknologi

Kursus komputer apakah yang akan anda ikuti
 
Halaman Utama Teknologi 10 Ekstensi Pelayar Firefox Mencegah Phishing
10 Ekstensi Pelayar Firefox Mencegah Phishing
Oleh amirais   
Phishing merupakan keupayaan seseorang untuk mencuri identiti atau informasi penting pengguna internet dengan membuat laman web palsu yang mirip dengan asalnya. Data-data yang dicuri biasanya berupa e-mail, username, password, nombor akaun bank, dan lain-lain. Cara yang paling popular untuk melawan serangan phishing adalah dengan mengikuti perkembangan laman web yang dianggap sebagai laman web phishing. Berikut ini adalah beberapa extensions Firefox yang bisa digunakan untuk melawan serangan phishing.

1. PhishTank SiteChecker
SiteChecker memblok semua laman phishing berdasarkan data dari Komuniti PhishTank. Ketika Anda mengunjungi laman web yang dianggap laman web phishing oleh PhishTank, maka akan muncul halaman blocking.

2. Google Safe Browsing
Google Safe Browsing memberikan peringatan kepada anda jika suatu laman web mencoba untuk mengambil data peribadi atau informasi akaun anda. Dengan menggabungkan kombinasi algoritma dengan data-data tentang laman web palsu dari berbagai sumber, maka Google Safe Browsing dapat secara otomatis mengenali jika anda mengunjungi laman web phishing yang mencoba mengelabui seolah-olah laman web asal.

3. WOT
WOT membantu Anda mengenali laman web phishing dengan memperlihatkan reputasi laman web tersebut pada browser Anda. Dengan mengetahui reputasi suatu laman web, diharapkan anda akan semakin mudah menghindari laman web phishing. Reputasi suatu laman web diambil berdasarkan testimoni dari komuniti WOT.

4. Verisign EV Green Bar
Ekstensi ini menambahkan sijil validasi pada browser anda. Ketika anda mengakses laman web ’secure’, maka address bar akan berubah warna menjadi hijau dan menampilkan pemilik dan sijil pengesahan. Ekstensi ini berguna untuk mengenali laman web palsu.

5. iTrustPage
iTrustPage mencegah pengguna internet mengisi borang pada suatu laman web palsu. Ketika mengunjungi laman web yang terdapat borang halaman, iTrustPage menghitung nilai dari TrustScore borang halaman form, untuk mengetahui apakah laman web tersebut boleh dipercayai atau tidak.

6. Finjan SecureBrowsing
Finjan SecureBrowsing meneliti link pada hasil pencarian anda dan memberi peringatan kepada anda mengenai link-link yang berpotensi sebagai link phishing. Finjan akan mencoba memeriksa kod-kod berbahaya dan script-script berbahaya. Setelah itu akan diberi tanda hijau untuk yang selamat dan merah untuk link yang berbahaya.

7. FirePhish
FirePhish memperingatkan anda ketika anda mengunjungi laman web yang dianggap laman web phishing atau yang terdapat script dan kod yang mencurigakan.

8. CallingID Link Advisor

CallingID Link Advisor memverifikasi apakah suatu link yang anda lihat selamat atau tidak sebelum anda membukanya. Ketika mouse anda berada pada link tersebut maka akan muncul keterangan lengkap mengenai link tersebut sehingga memudahkan anda untuk mengenali apakah laman web tersebut layak untuk dipercayai.

9. SpoofStick
SpoofStick memudahkan anda mengetahui apakah laman web tersebut laman web palsu dengan memperlihatkan hanya informasi domain yang sah dan relevan.

10.TrustBar
TrustBar memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memberi nama atau logo pada suatu laman web. Sehingga memudahkan untuk mengetahui apakah laman web tersebut palsu, atau laman web klon.